[TERKINI] Peguam Negara mesti jelaskan keputusan kes Serba Dinamik - Gobind

2022-05-07 0

Peguam negara mesti menjelaskan keputusannya dalam kes Serba Dinamik.

Kuasa yang diberikan kepada Peguam Negara di bawah Perlembagaan Persekutuan adalah luas. Beliau adalah individu yang memutuskan, bergantung kepada fakta dalam setiap kes tertentu, sama ada mahu dakwa atau tidak, dan jika ada pendakwaan, dalam kes-kes tertentu sama ada perkara itu boleh ditangani dengan kompaun atau tidak.